Thursday, 29 May 2014

MASALAH PERIBADI DALAM PENTERJEMAHAN


Masalah-masalah peribadi yang dialami penterjemah seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima. Ciri-ciri komunikasi dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan ialah :


1.       Terlalu mengetahui bidang tertentu

Penterjemah yang terlalu faham akan sesuatu bidang dalam sesuatu bahasa akan mudah menganggap pembaca juga tahu apa yang diketahui mereka. Oleh kerana itu, penterjemah akan menterjemah sesuatu bahan itu pada suatu peringkat yang tidak dapat difahami pembaca. Disebabkan kefahaman yang tinggi akan sesuatu bidang itu, apa bentuk terjemahan sekalipun difahami mereka. Namun, perkara yang sama tidak semestinya berlaku kepada para pembaca.

  
2.       Menerima “translationese” tanpa soal jawab

Penterjemahan bahan-bahan bacaan seringkali diterima tanpa soal jawab di mana mereka menganggap bahawa penyampaian bahasa bahan-bahan yang sudah diterjemah itulah satu-satunya bentuk penterjemahan daripada bahan asing. Hal ini biasanya akan menyebabkan pembaca mudah terjerat oleh “translationese” dan mengabaikan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih original dalam bahasanya sendiri .


3.       Tidak yakin pada bahasa sendiri

Ramai yang merasakan bahawa bahasa asing adalah lebih baik daripada bahasa kita sendiri. Oleh sebab itu, apabila dia melakukan kerja-kerja penterjemahan, mereka meminjam terus perkataan bahasa asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin bentuk itu adalah betul.

  
4.       Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa

Kebiasaannya ramai penterjemah berasa sekiranya terjemahan telah dibuat, maka terjemahan tersebut hendaklah jelas dan terang. Justeru, akan hilanglah misteri yang ada dalam teks asal.


5.       Kurang pengetahuan tentang penterjemahan


Kebanyakan orang menyangka bahawa terjemahan sekadar menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber kepada bahasa penerima. Sebaliknya, pakar terjemahan telah telah dapat membuktikan bahawa ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan perenggan malah kalau boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa tentang adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur seluruh karangan itu mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat dipadukan menjadi suatu kesatuan yang bermakna.  
KELAYAKAN MENTERJEMAH

Seringkali diperkatakan bahawa untuk menjadi seorang penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan 4 panduan utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. Antaranya ialah :


1.       Mengetahui dan memahami bahasa sumber

Bahasa sumber – bahasa asal yang hendak diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.

Dengan mengetahui bahasa sumber, ia dapat membantu penterjemah membezakan maksud sebenar teks asal dan dengan itu, seseorang penterjemah itu dapat menterjemah maksudnya dengan lebih tepat.  


2.       Mengetahui dan memahami bahasa penerima

Bahasa penerima – bahasa ke dalam mana teks asal akan diterjemah. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Arab , bahasa Arab ialah bahasa penerima.

Sama peranannya seperti bahasa sumber, pengetahuan tentang bahasa penerima dapat membantu dalam menterjemahkan sesuatu bahan dengan lebih tepat. Seseorang penterjemah itu harusmenguasai bahasa penerima dan bahasa sumber sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan kedua-dua bahasa membantu dalam proses penterjemahan dalam menjadikan sesuatu bahan dapat diterjemahkan dengan baik tanpa lari daripada maksudnya yang asal.


3.       Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah

Penterjemah bukan sahaja perlu memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi juga mengetahui secukupnya bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana bidang-bidang seperti perundangan, perubatan mengandungi terma-termanya yang khusus.


 Mengetahui teori dan amalan terjemahan

Penting bagi seorang penterjemah itu untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang penterjemahan terlebih dahulu. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori supaya cara penterjemahan yang betul dapat diaplikasikan. 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

  

Monday, 12 May 2014

الإتحاد قوة


الإتحاد قوة

محمد رجل كبير في السن, له أبناء ثلاثة أقوياء, رباهم تربية دينية حسنة, وكانوا يحبونه ويطيعونه. مرض محمد مرضا شديدا فأراد أن يوصي أبناءه قبل أن يموت وصية تنفعهم في حياتهم.

جمع محمد أبناءه الثلاثة ثم أعطى كل واحد منهم عودا ليكسره. فكسره كل واحد منهم بسهولة ثم أعطى كل واحد منهم حزمة من العيدان وطلب منهم أن يكسروه, فحاول كل واحد منهم كسره فلم يقدر.
نظر محمد إلى أبناءه وقال :

"أنتم يا أبنائي مثل هذه العيدان , أقوياء إذا اتحدتم, ضعاف إذا تفرقم"

Perbendaharaan Kata
المفردات
Tua
كبير في السن
Ia mendidik mereka
ربّاهم
Telah sakit
مرض
Sakit teruk
مرضا شديدا
Supaya mematahkannya
ليكسره
Dengan mudah
بسهولة
Sebatang kayu
عودا
Seberkas
حزمة
Beberapa batang kayu
العيدان
Maka mencuba dengan bersungguh-sungguh
فحاول
Kamu bersatu
اتحدتم
Kamu berpecah-belah
تفرقتم

Sunday, 4 May 2014

PROSES MENTERJEMAH

^_^ Assalamualaikum semua  ^_^

Pada entry kali  ini, kami akan berkongsi pula tentang PROSES MENTERJEMAH. Sebelum kita menterjemah teks, perlu diketahui tentang proses-prosesnya..


Menurut Nida dan Taber:

TEKS SUMBER --> ANALISIS TEKS--> PEMINDAHAN --> PENSTRUKTURAN SEMULA--> TEKS SASARAN

Proses penterjemahan:

TEKS SUMBER >ANALISIS > PEMINDAHAN > STRUKTUR SEMULA > MEMERIKSA > MENYEMAK
> MENYUNTING > TEKS SASARAN

1.       PROSES ANALISIS (BACA DAN FAHAM)

Proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah yang melibatkan pencarian makna dan ciri istimewa (merangkumi peribahasa/ simpulan bahasa) dalam bahasa sumber (bahasa asal teks sebelum di terjemah).
Makna:
a.       Perkataan
b.      Ayat
c.       Seluruh wacana

2.       PROSES PEMINDAHAN

Proses ini adalah paling penting dalam proses penterjemahan. Penterjemah perlu mencari padanan terjemah bahasa sasaran (bahasa yang ingin diterjemah) yang sesuai dengan bahasa sumber. Proses ini  berlaku dalam fikiran penterjemah dan dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Kadangkala akan berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi.

3.       MENSTRUKTUR SEMULA

Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran dan gaya berperanan penting dalam hal ini. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah dan struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas. Ayat yang digunakan hendaklah jelas dan tanda baca perlu digunakan dengan betul / baik.

4.       PROSES MEMERIKSA

Proses ini oleh dilakukan sendiri atau penterjemah boleh bersemuka dengan pakar bidang. Teks juga perlu dibaca dengan suara lantang dan secara bersemuka dengan orang lain bagi mengetahui ketepatan bahasa,ayat yang digunakan. Teks juga perlu diperiksa dari segi ketepatan terjemah. Proses ini adalah proses yang sukar.

5.       MENYEMAK

Proses  ini menyebabkan tugas pemeriksa & Penyemak kerap kali bertindan.
Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran adalah dengan menganggap teks terjemahan sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri.

6.       MENYUNTING

Menyunting bukan sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya, tetapi teks perlu disunting bagi:
a.       Membuang bahan yang tidak perlu.
b.      Menwujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.

Kesimpulannya, semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Proses memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran.

Sekian, terima kasih- syukran ^_^

Alhamdulillah, ini adalah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan pada entry kali ini..
Nota ini dikreditkan kepada pensyarah kami, Dr. Maheram Ahmad...terima kasih Dr....