Masalah-masalah peribadi yang dialami
penterjemah seringkali berhubung rapat dengan subjek, bahasa penerima.
Ciri-ciri komunikasi dan kaedah terjemahan yang sepatutnya digunakan ialah :
1. Terlalu
mengetahui bidang tertentu
Penterjemah yang terlalu faham akan
sesuatu bidang dalam sesuatu bahasa akan mudah menganggap pembaca juga tahu apa
yang diketahui mereka. Oleh
kerana itu, penterjemah akan menterjemah sesuatu bahan itu pada suatu peringkat
yang tidak dapat difahami pembaca. Disebabkan kefahaman yang tinggi akan
sesuatu bidang itu, apa bentuk terjemahan sekalipun difahami mereka. Namun,
perkara yang sama tidak semestinya berlaku kepada para pembaca.
2. Menerima
“translationese” tanpa soal jawab
Penterjemahan bahan-bahan bacaan
seringkali diterima tanpa soal jawab di mana mereka menganggap bahawa
penyampaian bahasa bahan-bahan yang sudah diterjemah itulah satu-satunya bentuk
penterjemahan daripada bahan asing. Hal ini biasanya akan menyebabkan pembaca
mudah terjerat oleh “translationese” dan mengabaikan penggunaan bentuk-bentuk
yang lebih original dalam bahasanya sendiri .
3. Tidak
yakin pada bahasa sendiri
Ramai yang merasakan bahawa bahasa
asing adalah lebih baik daripada bahasa kita sendiri. Oleh sebab itu, apabila
dia melakukan kerja-kerja penterjemahan, mereka meminjam terus perkataan bahasa
asing ke dalam bahasa kita dan berasa yakin bentuk itu adalah betul.
4.
Keinginan untuk mengekalkan misteri
sesuatu bahasa
Kebiasaannya ramai penterjemah
berasa sekiranya terjemahan telah dibuat, maka terjemahan tersebut hendaklah
jelas dan terang. Justeru, akan hilanglah misteri yang ada dalam teks asal.
5. Kurang
pengetahuan tentang penterjemahan
Kebanyakan orang menyangka bahawa terjemahan
sekadar menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber kepada bahasa
penerima. Sebaliknya, pakar terjemahan telah telah dapat membuktikan bahawa
ayat sahaja tidak memadai tetapi harus diganti dengan perenggan malah kalau
boleh seluruh wacana. Sekiranya ini gagal dilakukan kita akan terlupa tentang
adanya unsur-unsur peralihan di antara ayat. Struktur seluruh karangan itu
mestilah diperhatikan supaya semua unsur yang terkandung dapat dipadukan
menjadi suatu kesatuan yang bermakna.
No comments:
Post a Comment