^_^ Assalamualaikum
semua ^_^
Pada entry kali ini, kami akan
berkongsi pula tentang PROSES MENTERJEMAH. Sebelum kita menterjemah teks, perlu
diketahui tentang proses-prosesnya..
Menurut Nida dan Taber:
TEKS
SUMBER --> ANALISIS
TEKS--> PEMINDAHAN --> PENSTRUKTURAN
SEMULA--> TEKS
SASARAN
Proses penterjemahan:
TEKS
SUMBER >ANALISIS > PEMINDAHAN > STRUKTUR
SEMULA > MEMERIKSA > MENYEMAK
> MENYUNTING > TEKS
SASARAN
1. PROSES
ANALISIS (BACA DAN FAHAM)
Proses ini berlaku dalam fikiran
penterjemah yang melibatkan pencarian makna dan ciri istimewa (merangkumi
peribahasa/ simpulan bahasa) dalam bahasa sumber (bahasa asal
teks sebelum di terjemah).
Makna:
a.
Perkataan
b.
Ayat
c.
Seluruh wacana
2. PROSES
PEMINDAHAN
Proses ini adalah paling penting dalam
proses penterjemahan. Penterjemah perlu mencari padanan terjemah bahasa sasaran
(bahasa yang ingin diterjemah) yang sesuai dengan bahasa sumber. Proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah dan dipindahkan
ke bentuk bahasa sasaran. Kadangkala akan berlaku sedikit pemincangan makna dan
konotasi.
3.
MENSTRUKTUR
SEMULA
Teks perlu distruktur semula mengikut struktur
bahasa sasaran dan gaya berperanan penting dalam hal ini. Gaya bahasa yang
digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan
mudah dan struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas. Ayat yang digunakan hendaklah
jelas dan tanda baca perlu digunakan dengan betul / baik.
4.
PROSES MEMERIKSA
Proses ini oleh dilakukan sendiri atau penterjemah
boleh bersemuka dengan pakar bidang. Teks juga perlu dibaca dengan suara
lantang dan secara bersemuka dengan orang lain bagi mengetahui ketepatan
bahasa,ayat yang digunakan. Teks juga perlu diperiksa dari segi ketepatan
terjemah. Proses ini adalah proses yang sukar.
5.
MENYEMAK
Proses ini menyebabkan tugas pemeriksa & Penyemak
kerap kali bertindan.
Satu cara untuk menyesuaikan teks
terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran adalah dengan menganggap teks
terjemahan sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri.
6.
MENYUNTING
Menyunting bukan sebahagian daripada
proses terjemahan sebenarnya, tetapi teks perlu disunting bagi:
a.
Membuang bahan yang
tidak perlu.
b.
Menwujudkan gaya yang
seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.
Kesimpulannya, semua proses perlu
difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Proses memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat
penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran.
Sekian, terima kasih- syukran
^_^
Alhamdulillah, ini adalah sedikit
sebanyak yang dapat kami kongsikan pada entry kali ini..
Nota ini dikreditkan kepada pensyarah
kami, Dr. Maheram Ahmad...terima kasih Dr....
No comments:
Post a Comment