KELAYAKAN MENTERJEMAH
Seringkali diperkatakan bahawa untuk menjadi
seorang penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk berkomunikasi
dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai
pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat
pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan 4 panduan utama untuk menjadi seorang
penterjemah yang baik. Antaranya ialah :
1. Mengetahui
dan memahami bahasa sumber
Bahasa sumber – bahasa asal yang
hendak diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu
yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.
Dengan mengetahui bahasa sumber, ia
dapat membantu penterjemah membezakan maksud sebenar teks asal dan dengan itu,
seseorang penterjemah itu dapat menterjemah maksudnya dengan lebih tepat.
2.
Mengetahui dan memahami bahasa
penerima
Bahasa penerima – bahasa ke dalam
mana teks asal akan diterjemah. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang
diterjemah kepada bahasa Arab , bahasa Arab ialah bahasa penerima.
Sama peranannya seperti bahasa
sumber, pengetahuan tentang bahasa penerima dapat membantu dalam menterjemahkan
sesuatu bahan dengan lebih tepat. Seseorang penterjemah itu harusmenguasai
bahasa penerima dan bahasa sumber sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan
kedua-dua bahasa membantu dalam proses penterjemahan dalam menjadikan sesuatu
bahan dapat diterjemahkan dengan baik tanpa lari daripada maksudnya yang asal.
3.
Pengetahuan dalam bidang yang
diterjemah
Penterjemah bukan sahaja perlu
memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi juga mengetahui
secukupnya bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana bidang-bidang
seperti perundangan, perubatan mengandungi terma-termanya yang khusus.
Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Penting bagi seorang penterjemah itu untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang penterjemahan terlebih dahulu. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori supaya cara penterjemahan yang betul dapat diaplikasikan.
No comments:
Post a Comment